Minggu, 18 November 2007

Fwd: PEMAKANAN & HIKMAHNYA DLM ISLAM

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Noorhazima Ahmad Hussain

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum
yang baik
dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu
dibiarkan sejuk
sebelum makan, jika tidak kita akan merasa haus bila
memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum
mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan
potong roti dengan pisau.hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti
itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan
kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid,
membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya
juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya
juga boleh
menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah
pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan

dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah
s.a.w. pernah
memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ
hati,memudahkan tidur
dengan cara menyapu kepala dengan basil yang
dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk

menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan
dengan kurma
dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa
mengidam
pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk
penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan
kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan
badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan
aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah,
menghilangkan
dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah
seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua
penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan
juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu
ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan
demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan
penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan,
baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau
bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh
menyebabkan
penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan.
Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa
tidak hadam.
Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan
dalam
resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang
mengandungi asid
(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini
adalah
seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau
ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan
kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan
pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda
mnambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan
putih yang
direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk
mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar
atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan ". Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan
parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu.
Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat
dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati
daripada telur ayam
(setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih
telur
melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan
menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada
awal musim adalah yang paling baik dan yang
dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa
kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan
air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang
ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya
dengan emas". Antara khasiat hulbahmembantu pengaliran
haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit
perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya
ialah untuk
memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah
bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga
maka itulah
fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu
makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan
penyakit buasir dan pirai .

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan
tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan
benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak
sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan
badan

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan.
Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran
air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat
gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda
"Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang
bersama-bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap
sebagai
penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan
dan ianya
dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al
Insan) firman
Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga
itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari
zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan
memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya
menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan,
menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit
kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat
panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang
terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai
inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi kebiasaan
masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau

manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas
boleh
mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w.,
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah
madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah
yang ada madu di dalamnya . Jika seseorang itu makan
madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya." Rasulullah
sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi
ketika perut kosong.
Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
Madu yang paling berkualiti ialah madu yang
dikeluarkan
dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu
yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis
kekacang
hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan
banyak
ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan
bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan
kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik
untuk dimakan.
Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu
menyembuhkan
penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga
batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan
penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa
orang yang memakan daging selama 40 hari berturut
turut tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan
daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah
daging secara sederhana . Daging yang paling baik
ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing
jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun
daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa.
Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai
adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa.
Syariat juga melarang memakan daging binatang
pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa
yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

-------------------------------------------------------

Sabda Rasullallah S.A.W. : "Perempuan itu dikahwini
kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana
keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya.
Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat
kebahagiaan".