Minggu, 18 November 2007

Fwd: FW: kisah benar

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Embi Rais-CER008

> > >KISAH BENAR..MAHA SUCI ALLAH
>
> > >Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
> > >Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu
> > >beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan
> > >dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya
> > >seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja
> > >disatu kawasan di Sabah.
> > >Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang
> > >paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin
> > >Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan
> > >negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai
> > >program.
> > >Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja
> > >selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=.
> > >Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.
> > >Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka
> > >dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
> > >Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
> > >hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
> > >Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan
> > >beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya
> > >mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami
> > >mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari
> > >kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/
> > >setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
> > >pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
> > >Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil
> > >m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan
> > >lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
> > >dengan lukisan). Saya mendapat C-3.
> > >Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama
> > >penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan
> > >saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya
> > >menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa
> > >soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh
> > >orang Islam.
> > >Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya
> > >bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil
> > >cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya
> > >rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah
> > >cikgu...Ustaz itu bersedia.
> > >Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
> > >Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah,
> > >bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
> > >Kristian,agama saya". saya kemukakan
> > >beberapa persoalan, antaranya;- -
> > >Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua
> > >agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
> > >adalah agama langit.
> > >Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama
> > >Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan
> > >bukannya Nabi Muhammad.
> > >Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
> > >
> > >peperangan.
> > >Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana
> > >yang asalnya.
> > >Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan
> > >saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan
> > >kawan-kawan mati akal.
> > >Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak
> > >mampu saya menjawab secara tepat.
> > >Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia
> > >lain.
> > >Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep
> > >ketuhanan Jesus.
> > >Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa
> > >orang paderi,
> > >kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya
> > >bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya
> > >seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak
> > >mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
> > >Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya
> > >kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
> > >Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
> > >Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan
> > >ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya
> > >mengagumi cara hidupnya.
> > >Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.
> > >Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah
> > >putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang
> > >berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang
> > >berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya
> > >mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu
> > >saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan
> > >yang berjubah putih semakin tinggi.
> > >Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya
> > >mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya
> > >dan berkata," mengapa
> > >Johanis....awk mengigau...." Saya pegang tangan ustaz
> > >itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz
> > >itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak
> > >tertentu.
> > >Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz
> > >itu.
> > >Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai
> > >di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar
> > >rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
> > >Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar
> > >semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba
> > >emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
> > >Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.
> > >Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya
> > >bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa
> > >oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis
> > >kontrak mengajar di Sabah.
> > >Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara
> > >kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan
> > >juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan
> > >Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
> > >Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan
> > >dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
> > >6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
> > >
> > >Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3
> > >tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
> > >Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,
> > >Melaka dan Pahang.
> > >Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih
> > >kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut
> > >duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah
> > >saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas
> > >dosa lalu.
> > >Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu
> > >berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan
> > >kualiti bukan kuatiti saja.
> > >Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan
> > >rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon
> > >ayah,emak dan adik beradik saya. Saya
> > >katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya
> > >sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan
> > >emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah
> > >menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
> > >yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya
> > >telefon.
> > >7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis
> > >kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik.
> > >Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
> > >halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya
> > >menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan
> > >saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya
> > >ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
> > >terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan
> > >mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya
> > >peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
> > >bersama........Ya Allah betapa agungnya
> > >KekuasaanMu....
> > >Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut
> > >dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang
> > >diberi oleh pihak gereja.
> > >Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat
> > >Islam hari ini berpecah.
> > >Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan
> > >sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita
> > >tinggalkan sebahagian. Kita ambil contohnya
> > >pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
> > >jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita
> > >cari jalan supaya dapat dilaksanakan.
> > >Inilah sikap umat Islam.
> > >Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah
> > >universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah
> > >saya,"You apa tahu...
> > >Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan
> > >sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya
> > >tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana
> > >saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak
> > >menghayati Islam.
> > >Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu.
> > >Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma
> > >untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang.
> > >Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam
> > >oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran
> > >Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut
> > >derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
> > >Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila
> > >Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
> > >Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang
> > >agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum
> > >muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh
> > >cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk
> > >Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT.
> > >Saya paling bimbang di Universiti
> > >Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang
> > >ada gereja. Gereja ini
> > >antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya
> > >nak nasihatkan
> > >kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
> > >
> > >Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City.
> > >Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang
> > >jemput Perdana Menteri kita dulu.
> > >Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca
> > >Al-Fatihah
> > >1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian
> > >buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah
> > >mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
> > >insyaAllah.tolong fowardkan demi islam... demi agama
> > >yang tercinta ..insyaallah...
> > >