Minggu, 18 November 2007

Fwd: Keadilan Allah Pada HambaNya

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Noorhazima Ahmad Hussain

Bismillahirohmanirohim.

Kepada sahabat sekalian agar di dalam perlindungan
Allah s.w.t hendaknya. Disini sama-samalah kita
renungkan betapa hebatnya kuasa ALLAH, betapa adil dan
saksamanya ALLAH pd hambanya dan DIAlah segalanya buat
kita. Kita datang kerana-Nya dan kita pergi kerana_Nya
jua. Semoga kita pergi dalam keimanan.

Ikhlaslah menjadi diri kita. Tak kira apa jua bentuk
fizikal kita, sikap kita dan segalanya tentang kita.
Mungkin hari ini kita jadi org yang baik, tp ingatlah
esok, lusa dan hari mendatang kita. Adakah kita masih
jd baik??? Berdoalah agar ditetapkan iman yg sedikit
ini. Jgn sekali kita membenci, menyampah, mencaci,
terutamanya mentertawakan org lain. Ingatlah ALLAH
maha adil. Hari ini kita ketawakan org lain, tp kita
kena ingat, kita masih ada hari esok dan seterusnya
sekiranya dipanjangkan umur.

Suatu hari kita juga akan ditertawakan bgmn kita
mentertawakan org lain.
- Hari ini adalah nikmat untuk kita.
- Hari ini kita gemuk, tp itu nikmat utk kita
- Hari ini kita berduka, ia juga nikmat utk kita
- Hari ini kita bodoh, ia nikmat utk kita
- Hari ini kita miskin, nikmat juga namanya.

Kerananya suatu hari bila kita menjadi cantik, kita
tak lupa org hodoh kerana kita pernah merasa.
- Suatu hari kita kaya, kita bersedekah kerana pernah
merasa miskin.
- Suatu hari kita bergembira, kita mampu memahami org
lain krn kita pernah berduka.
- Suatu hari kita pandai, kita tak kedekut ilmu
membantu org yg bodoh kerana kita pernah bodoh.

Itulah nikmat namanya kerana sebenarnya kita lebih
baik dari org lain. Ikhlaskan hati walau apa jua
dugaan yg mendatang. Terimalah dgn hati terbuka apa
jua yg ada tentang diri kita. Perbaiki diri semampu
dan sekuat yg boleh. Berusahalah menjadi diri sendiri,
INSYALLAH kita diberi ketenangan hati.

Apa jua kita lakukan jgn lupa kembali pada Pencipta
kerana semuanya Dia yg memberi utk kita. Jangan kita
merendahkan org lain kerana sebenarnya kita
merendahkan diri kita di sisi ALLAH. Ingatlah keadilan
Allah, setiap apa jua yg terbit dari mulut dan hati
ada pembalasan.Ikhlaskan diri menerima ujian,
INSYALLAH kita akan dpt suatu yg hebat dari-Nya. Allah
memberi dugaan kepada hamba-Nya pasti disertakan
dengan ketabahan dan kekuatan.

Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga kita
sama-sama jd org yang beriman.

Wallahua'lam.