Selasa, 13 November 2007

Fwd: Erti Kehidupan - nice story

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Islah Gateway"

Hari itu saya nak K.Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan highway PLUS
sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas
ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah di k...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia
berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak t! adi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya.

"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil
menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu
ditanya... "Tak nak beli kuih saya bang..Pakcik...kakak atau
makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya
bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan
kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu
saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas
senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik
abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum.
Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun
pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-
kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih
terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira
dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya
mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis
yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit
tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita
mesti bekerja me! ncari nafkah kerana Allah berikan tulang empat
kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang,
sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis
kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa
banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul
itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya
perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan
ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus
terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian,
tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan
kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap
kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

--- End forwarded message ---