Selasa, 13 November 2007

Fwd: Catatan Blog Terbaik 2003: Sup Kaki Ayam

--- In hidayahnet@yahoogroups।com, awahidah@... wrote: (http:// www.fajaronline.com)

Kasihnya ibu..membawa sepanjang hayat...kasih saudara..masa berada....

"Dari ruang dapur, teradun ramuan kasih sayang, mencipta aroma
bahagia,
hingga ke akhir hayat..."

"Ala, sup kaki ayam lagi ke mak?", getus hati lalu terlafaz di bibir.
Semalam sup kaki ayam. Hari ini pun sup kaki ayam. Tiba-tiba hilang
selera
makan. Entah apa silapnya, aku terus bangun dan letakkan pinggan
semula.
Terlalu ikut rasa muda yang mengada-ngada. Padahal, aku patut
bersyukur
sahaja dengan rezeki yang terhidang di depan mata.

"Tak makan ke?", tegur mak. Namun, tiada kata yang terucap. Mungkin
dia
rasa serba salah. Mungkin juga kecil hati. Dia hanya terdiam. Baginya
sup
kaki ayam itulah yang menjadi kegemaran suami.

Sejenak, terbetik rasa bersalah dan menyesal tidak terkira. Kurang
ajar
sungguh aku. Setidak-tidaknya, tak perlulah mulut ini gatal-gatal
menyuarakan butir-butir kata sebegitu. Rasa terkilan menyelubungi
seluruh
jiwa. Aku terbawa-bawa rasa penat dan tekanan bekerja. Satu kesilapan
yang
cukup nyata. Lama juga aku terdiam menelan rasa. Tidak terlintas di
hati
untuk melukai hati seorang ibu. Keterlanjuran yang membawa kekesalan
yang
cukup mendalam. Mencairkan batas-batas keegoan lalu membasahi bibit-
bibit
peristiwa. Ianya berulang-ulang bagaikan wayang gambar. Ah..., hati
ini
mengeluh berat sekali.

Esoknya, apabila aku pulang ke rumah, seperti biasa aku menjenguk ke
dapur.
Perut ini manja dan sering memanggil untuk diisi dek kelaparan. Aku
buka
tudung saji. Aku nampak lauk itu - sup kaki ayam. Aku terdiam. Tak
mengapalah, sekurang-kurangnya ini adalah rezeki dan juadah yang bisa
mengenyangkan. Syukur, bisik hati kecil aku. Apa salahnya kalau aku
mengalah hanya kerana perkara yang sekecil ini?

"Eh, mak dah simpankan lauk kat mangkuk yang ada tutup tu untuk kau.
Makan
ye", jerit mak dari luar rumah.

Lauk untuk aku? Sekilas pandang aku terlihat sebuah mangkuk berwarna
putih
tertutup di tepi tudung saji. Aku terkedu sebaik sahaja melihat isi di
dalamnya. Sup ayam. Bukan terisi dengan kaki-kaki ayam, tapi
bahagian-bahagian ayam yang lain seperti kepak dan peha ayam. Sebak
menusuk
ke dada. Terasa seperti mahu mengalir air mata. Hingga sebegini sekali
ingatan mak untuk aku. Terlintas kembali peristiwa semalam, hanya
kerana
aku tak mahu makan kerana sup kaki ayam. Dan hari ini, aku disediakan
khas
sup yang terisi dengan bahagian ayam yang lain, selain dari kaki ayam.

Sebenarnya, aku bukanlah orang yang cerewet dengan soal makanan.
Asalkan
ianya mengenyangkan, syukur. Cuma hari itu, aku terbawa-bawa perasaan
yang
remeh ke rumah. Mujur juga hati mak tak kecil hati. Atau mungkin juga
hatinya tersentuh dengan gelagat aku, lalu diubatinya dengan
menyediakan
bahagian khas dalam sup kaki ayam itu. Kesannya bukan sedikit, seolah-
olah
rasa sup ayam itu laksana kasih yang mengalir ke dalam tubuh aku.
Perlahan-lahan mengalir ke liang-liang darah bersama sayang insan yang
bernama ibu. Nescaya, hinalah aku kalau aku sengaja menidakkan rasa
syukur
dan terima kasih ini kepadanya.

Sejak hari itu, setiap kali sup kaki ayam terhidang, pasti akan ada
bahagian khas untuk aku. Kadangkala, aku rasa bersalah kerana
di'istimewa'kan sebegitu. Aku tak berhak untuk menerimanya, hanya
kerana
kesilapan pada hari itu. Kalau boleh, aku mahu cakap, "tak payahlah
mak..".
Tapi, aku rasa khuatir kalau-kalau aku menyentuh hati mak lagi. Aku
cukup
kenal dengan sikap mak yang cukup memendam rasa. Tidak akan diluahkan
rasa
kecewanya, cuma riak wajahnya cukup jelas untuk aku tafsir segala-
galanya.

Dari ruang dapur, mak sudah adunkan segala rempah dan bahan-bahan
masakan
untuk menjadi santapan buat keluarganya. Begitulah rutinnya sehari-
hari.
Kadangkala, kalau mak sibuk dengan kuih, bapak akan menjadi tukang
masak di
dapur. Tak kiralah siapa yang memasak, apa yang pasti, mereka pasti
akan
memasak dengan sebaik mungkin. Cuba menghasilkan hidangan yang menjadi
kegemaran buat anak-anak. Dari situlah mengalirnya kasih sayang yang
cukup
melimpah ruah. Melalui hidangan lauk pauklah berlalulah kasih sayang
yang
tidak semestinya dibuktikan dengan kata-kata atau perbuatan.

Ada orang berkata pada aku, tak seronok hidup dengan keluarga. Macam
anak
manja. Aku tak hirau dan peduli dengan kata-kata orang. Kalau nak
diikutkan, memang rasa janggal bila sudah biasa hidup berjauhan dengan
keluarga. Cuma, biarlah kali ini, aku memberi sedikit masa untuk aku
bersama-sama mereka. Selagi masih ada mereka. Biarpun mereka tidak
pernah
mengharapkannya, tapi aku tahu, saat-saat begini, mereka terlalu ingin
sekali di samping anak-anak dan cucu tersayang. Aku sedar, bukan mudah
untuk menahan karenah yang menagih seribu kesabaran.

Lagipun, ke mana aku harus lagi mencari sup kaki ayam yang sama
rasanya
dengan sup kaki ayam mak? Dan, kalau aku dapat menggantikan seperiuk
sup
kaki ayam dengan seperiuk sup apa sahaja yang lazat sekalipun,
mampukah aku
menadah kasih sayang yang sama?

moral : besarnya pengorbanan seorang ibu... sanggupkah seorang anak
memasak
'istimewa' khas utk seorang ibu?

--- End forwarded message ---