Rabu, 07 November 2007

Fwd: Help Palestine [hidayahnet] Garam bukan penyebab strok

hidayahnet@yahoogroups.com

Kajian terbaru pakar jantung Britain dakwa tiada bukti bahan punca kematian

LONDON: Satu kajian semula kesihatan terbaru oleh pakar Britain mengemukakan hasil kontroversi apabila mendakwa hingga kini tiada bukti jelas mengaitkan garam sebagai punca risiko penyakit jantung dan serangan angin ahmar.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, kajian semula oleh Pakar Bedah Jantung Universiti James Cook, Middlesbrough, Dr Joel Dunning ke atas 462 penyelidikan seluruh dunia itu mencetuskan kekeliruan berikutan amaran kepada orang ramai sejak sekian lamanya yang menyenaraikan garam faktor penyebab serangan jantung dan angin ahmar atau strok.

Malah, hasil kajian semula itu turut menjadikan garis panduan kesihatan yang dikeluarkan kerajaan Britain, dipertikaikan.

"Teori garam boleh menyebabkan strok dan serangan jantung tidak boleh diterima. Sukar untuk membuktikan kaitan itu kerana tiada atau kurangnya ujian atau pemerhatian khusus dibuat sehingga boleh menyokong teori sedemikian .

"Pertubuhan tertentu seperti Agensi Piawaian Makanan (FSA) sekadar menerima tanggapan itu tanpa melakukan atau merujuk mana-mana bukti berkaitan," kata Dr Dunning.

.........Klik disini untuk bacaan seterusnya

.

__,_._,___